Jazrina Jasni

Jasrina Cabar Diri
Utusan Malaysia Online
Oleh NOOR FAZRINA KAMAL
Gambar DJOHAN SHAHRIN SHAH
SENYUMAN manis menyerlahkan lesung pipit yang dalam, ditambah dengan jelingan daripada sepasang mata galak dan cantik. Sekali pandang pasti memori tangkas mengingati yang empunya diri, Jasrina Jasni, 27, Bagi yang biasa menonton rancangan televisyen terbitan tempatan pasti pernah 'terserempak' wajahnya kerana dia memang bukan setahun dua dalam dunia penyiaran.
Jasrina memulakan langkah seawal tahun 2005 lagi dengan menyertai rancangan pencarian bakat pengacara Malaysian Top Host dan menjadi satu-satunya peserta wanita yang bertudung.
"Serentak pada ketika itu juga saya dilamar menjadi artis rakaman di bawah naungan Metrowealth dan kemudian saya mendapat tawaran mengacara sebuah rancangan perubatan, Diagnostik di TV1.
"Perjalanan saya dalam dunia penyiaran semakin berkembang selepas mendapat tempat kedua dalam pertandingan pencarian kulit hadapan sebuah majalah tempatan pada 2008," jelasnya yang ditemui di butik Rona Jingga, Bangsar, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Sejak itu, wajah manisnya sering menghiasi ruangan fesyen terutama memperaga busana Muslimah.

Wanita bertudung pun boleh tampil ranggi
My Metro Online
Oleh Siti Zarinah Sahib
KEPESATAN dalam industri fesyen busana Muslimah turut merancakkan lagi kehadiran peragawati bertudung yang tentunya memberi impak kepada bidang peragaan yang rata-rata dikuasai model kelas atasan atau model ‘mat salih’.
Malah model antarabangsa ini turut mengambil alih tempat peragaan pakaian Muslimah walaupun sebenarnya mereka tidak bertudung.
Daripada satu segi, alasan diberikan penganjur kerana mereka bijak bergaya serta sesuai mengenakan apa saja busana disebabkan memiliki ketinggian selain cantik dan langsing. Daripada segi yang lain, tidakkah ini menutup peluang model Muslimah yang rata-rata memiliki kelebihan tersendiri selain cantik dan berbakat?
Bertemu tiga model bertudung yang kerap menghiasi ruangan fesyen majalah dan akhbar tempatan serta pentas peragaan, Dina Kasmarani Aprianty Kasmaruddin, 34, Jasrina Jasni, 26, dan Siti Mastura Mohd Saleh, 25, sememangnya mereka mempunyai alasan tersendiri menceburi bidang peragaan walaupun sebenarnya kerjaya ini tidak menjanjikan keindahan seperti yang disangka.

Jazrina cantik luar & dalam
Utusan Online
Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my
Foto NOR SURAYATI /SITI SUHIDA (PELATIH UITM)
WANITA berusia 25 tahun itu lebih mesra dengan panggilan Jazrina. Sejak lima tahun lalu, Jazrina aktif dalam pelbagai bidang peragaan. Bahkan, dia pernah berjinak-jinak menyanyi dan berlakon sambilan. Biar pun baru berjinak-jinak dalam dunia penulisan skrip, Jazrina mampu menyelami keinginan pembaca yang lebih gemar kepada realiti.
Ramai penulis wanita melahirkan idea berdasarkan penyelidikan. Walaupun saya seorang yang sederhana tetapi saya ingin berjaya dalam bidang ini, jelasnya yang minat menyanyi, melancong dan membaca.
Sebagai model sambilan, Jazrina tidak lupa menjaga penampilan diri. Selain rutin penjagaan wajah seharian, Jazrina mengamalkan pemakanan sihat, banyak minum air suam, makan vitamin dan bersenam.
Jazrina juga percaya menunaikan solat mampu menjadikan seseorang tenang dan wajah lebih berseri-seri.
Keistimewaan Jazrina adalah sikapnya yang sentiasa merendah diri. Baginya, seorang wanita bukan sahaja perlu cantik luaran tetapi juga kecantikan perlu lahir dari dalam diri. Dia gemarkan wangian yang ringkas. Misalnya, One Drop Perfumes yang boleh digunakan untuk solat dan halal.

Pengorbanan tiada galang gantinya
My Metro Online
Oleh Siti Zarinah Sahib
PENGORBANAN seorang ibu tiada galang gantinya. Kasih sayang ibu mengatasi segala-galanya, tidak dapat dinilai dengan wang ringgit serta emas permata.
Teringat pada zaman kanak-kanak dulu ibu menyediakan semua keperluan ke sekolah. Pakaian, bekalan makanan malah menghantar sehingga ke pintu sekolah.
Apabila merajuk ibu orang pertama yang datang memujuk. Apabila terjatuh ibu dengan penuh kasih sayang memberikan pertolongan dengan senyuman paling manis. Pendek kata, setiap kemahuan anak tidak pernah dihampakan ibu.
Bagi Jasrina Jasni, 26, apabila bercerita mengenai ibu tersayang Salimah Kong, 47, bagaikan tiada berpenghujung. Setiap saat yang dilalui bersama ibu bermula sejak dilahirkan 15 Julai 1985 lalu di Lahad Datu, Sabah menyimpan pelbagai kisah suka duka yang menjadi kenangan terindah dalam hidupnya.
Dia yang tidak pernah berpisah dengan ibu mengakui, sejak kecil ibu memberikan sepenuh kasih sayang menerusi pelukan, ciuman dan belaian manja. Tambahan pula dilahirkan sebagai anak sulung perempuan dalam keluarga sudah pasti segala keperluan dipenuhi dan diberikan perhatian sepenuhnya